Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Akan Mulakan Ujian Pelayar Web Edge Untuk iPad Seawal Bulan Hadapan

Microsoft sebelum ini sedia menawarkan pelayar web mudah-alih Microsoft Edge untuk iPhone dan Android. Untuk iOS sendiri, selepas menawarkan untuk telefon pintar iPhone, pihak Microsoft kini bersiap sedia untuk pelancaran bagi tablet iPad.

Bercakap mengenainya, wakil Microsoft kini mengatakan yang mana versi iPad akan mula diuji pada bulan hadapan, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, kita akan melihat ia dilancarkan secara rasminya selepas itu.

Microsoft Edge adalah pelayar web daripada Microsoft yang turut diintegrasikan dengan versi desktop mereka. Bagi anda yang menggunakan iPad, anda mungkin boleh mencubanya tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Akan Mulakan Ujian Pelayar Web Edge Untuk iPad Seawal Bulan Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info