Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Canon Mempatenkan Kamera Dengan Pengimbas Cap Jari

Pengimbas cap jari masih lagi diperlukan oleh kebanyakan pengguna telefon pintar. Ia jauh lebih pantas dan boleh diandalkan berbanding sistem imbasan wajah yang kian popular. Sistem imbasan jari mungkin akan kemudian ditemui pada kamera keluaran Canon.

Canon telah mempatenkan sistem imbasan cap jari pada kamera dan lensa kamera. Aplikasi pertama ialah menghalang penggunaan kamera daripada digunakan sekiranya dicuri. Kamera hanya boleh berfungsi selepas cap jari diimbas. Fungsi kedua ialah menghalang lensa dari dicuri. Untuk menanggalkan lensa, cap jari perlu diimbas pada pengimbas yang terletak pada sisi lensa.

Turut dipatenkan ialah sistem yang mengingati tetapan kamera berdasarkan jari yang diimbas. Profil mengambil gambar disimpan di dalam kamera dan ditukar mengikut jari yang berbeza. Buat masa ini ia hanya kekal sebagai paten. Tetapi bagi jurukamera yang pernah menjadi mangsa kecurian, sistem ini pasti dinantikan kerana membuatkan kamera serta lensa yang dicuri tidak lagi boleh digunakan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Canon Mempatenkan Kamera Dengan Pengimbas Cap Jari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info