Saban tahun Apple tidak berkongsi saiz RAM dan bateri yang digunakan pada iPhone. Mereka hanya berkongsi berapa lamakah peranti dapat bertahan dengan bateri yang disertakan. Misteri mengenai kedua-dua spesifikasi ini pada iPhone 8 dan 8 Plus terjawab hari ini selepas ia ditemui melalui laman TENAA.
iPhone 8 dilengkapi RAM sebesar 2GB dengan bateri sebesar 1821 mAh. Ini adalah lebih kecil berbanding 1960 mAh pada iPhone 7 tahun lalu. iPhone 8 Plus pula dilengkapi RAM sebesar 3GB dan bateri sebesar 2675 mAh. Ini adalah saiz bateri yang lebih kecil berbanding 2900 mAh pada iPhone 7 Plus tahun lalu.
Walaupun bateri adalah lebih kecil. Apple menjanjikan hayat penggunaan peranti yang lebih lama kerana pemproses A11 Bionic tidak menggunakan tenaga yang tinggi. Kini hanya misteri saiz RAM dan bateri iPhone X yang masih kekal misteri.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Saiz Bateri Serta RAM Untuk iPhone 8 Dan 8 Plus Akhirnya Diketahui"