Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo IdeaCentre Stick 360 – Versi Compute Stick Berasaskan Windows 8.1 Daripada Lenovo

Sebelum ini, kita telah melihat Intel memperkenalkan Compute Stick mereka, iaitu sebuah dongle berasaskan HDMI yang boleh dipasang pada monitor dan televisyen untuk mengubahnya menjadi komputer. Selain Intel, Asus turut menawarkan variasi daripada mereka, dan kini Lenovo turut memperkenalkan penawaran mereka yang dinamakan sebagai Lenovo IdeaCentre Stick 360.

Lenovo ideacentre Stick 300

Lenovo IdeaCentre Stick 360 ini hadir berasaskan kepada cip pemprosesan Intel Atom Z3735F, serta menjalankan Windows 8.1. Seperti biasa, Microsoft mengumumkan pengguna boleh menaik-taraf ia kepada Windows 10 bermula 29 Julai kelak.

Seperti biasa, ia membawakan penghubung berasaskan HDMI, dan ia boleh dihubungkan ke sebarang televisyen dan skrin monitor yang menyokongnya, seterusnya mengubah ia kepada komputer Windows sepenuhnya. Pengguna juga perlu menambah papan kekunci serta tetikus melalui sambungan tanpa wayar untuk menikmati pengalaman penggunaan komputer penuh.

Lenovo ideacentre Stick 300 ini akan ditawarkan bermula Julai pada harga $129 (~RM483). Penawaran rasmi peranti ini di Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Lenovo IdeaCentre Stick 360 – Versi Compute Stick Berasaskan Windows 8.1 Daripada Lenovo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info