Sembang Maniac

Sembang-sembang je

KWC Fashion Mall Bekerjasama Dengan 11Street Untuk Kedai Atas-Talian

KWC Fashion Mall merupakan salah satu pasaraya borong terkemuka dalam penawaran kain dan baju – khusus untuk wanita. Terkini, mereka bekerjasama dengan pihak 11Street untuk menawarkan produk-produk dari KWC terus secara atas-talian.

Dengan kerjasama ini, pengguna di Malaysia boleh mendapatkan barangan dari KWC terus dari pelayar web tanpa perlu berkunjung ke pusat membeli-belah borong berkenaan.

KWC Fashion Mall

Walaupun kerjasama ini boleh dikatakan sesuatu yang baik, tetapi secara tidak langsung ia akan memberikan impak serba-sebanyak kepada penjual atas-talian yang lain, terutamanya yang secara kecil-kecilan. Ini adalah kerana beberapa penjual atas-talian di Malaysia mendapatkan sumber barangan dan stok mereka dari KWC, dan kini dengan KWC Fashion Mall sendiri menawarkan produk daripada penyewa mereka secara online ia mungkin memberikan persaingan kepada penjual lain.

Namun, dalam arena perniagaan, perkara seperti ini mungkin telah dijangka, apatah lagi dengan lebih ramai penjual kini memasuki arena e-dagang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "KWC Fashion Mall Bekerjasama Dengan 11Street Untuk Kedai Atas-Talian"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info