Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sennheiser Bekerjasama Dengan Samsung Untuk Menghasilkan Fon Telinga Menyokong Audio 3D

Di CES yang lalu Sennheiser melancarkan fon telinga AMBEO SmartSurround yang menyokong sistem audio 3D. Pada waktu tersebut fon telinga ini hanya diumumkan untuk peranti iOS dengan sambungan menggunakan kepala Lightning. Pihak Sennheiser semalam mengumumkan kerjasama dengan Samsung bagi menghasilkan fon telinga audio 3D ke platform Android.

Kerjasama dengan Android dilakukan bagi meningkatkan kredibiliti projek yang sedang dibangunkan. CEO Sennheiser, Andreas Sennheiser dipetik menyebut keputusan untuk akhirnya menyokong peranti Android diambil kerana ia adalah sistem operasi paling dominan pada waktu sekarang. Samsung mungkin dipilih kerana mempunyai pengalaman menghasilkan peranti realiti maya Gear VR dan kamera Gear 360 yang kedua-duanya boleh menggunakan teknologi audio 3D dengan lebih meluas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sennheiser Bekerjasama Dengan Samsung Untuk Menghasilkan Fon Telinga Menyokong Audio 3D"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info