Selepas diambil alih dari Google oleh Lenovo, peranti Moto masih lagi mengekalkan antaramuka yang hampir stok. Hanya beberapa aplikasi tambahan disertakan bagi membawakan fungsi-fungsi yang tidak disertakan pada Android Stock. Jadi mungkin sedikit mengejutkan apabila Timbalan Presiden Lenovo Alex Chen Yu menulis pada laman Weibo beliau bahawa Lenovo akan menggunakan pelancar ZUI yang digunakan pada peranti ZUK pada peranti Moto.
Buat masa ini cadangan penggunaan ZUI hanya akan digunakan pada peranti yang dijual di China sahaja. Di China pengguna Android lebih menggemari pelancar pihak ketiga seperti MIUI, FlyMe dan ColorOS berbanding stock. Diharap pihak Lenovo tidak mempunyai perancangan untuk menggunakan ZUI secara global pada kesemua peranti Moto. Ini adalah kerana masih ramai peminat Moto yang memilih jenama ini kerana penggunaan Android Stock.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti Lenovo Moto Akan Menggunakan Pelancar ZUI Keluaran ZUK"