Perancangan untuk memperkenalkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) telah diperkatakan sejak beberapa bulan lepas, dan hari ini, Perdana Menteri Malaysia secara rasminya melancarkan ia – sekaligus membawa arena e-dagang tempatan setapak lagi kehadapan.
Dengan adanya Zon Perdagangan Bebas Digital ini, ia akan terbahagi kepada tiga perkara, iaitu hab logitstik, hab perkhidmatan, dan juga platform e-perkhidmatan.
Hab logistik untuk DFTZ ini akan terletak di KLIA Aeropolis (lokasi LCCT lama), dimana ia akan beroperasi sebagai gudang yang dilengkapi pelbagai teknologi terkini untuk pengurusan dan pembahagian barangan. Ia juga akan dilengkapi dengan sokongan semakan kastam, dan ruangan untuk kuarantin. Dengan lokasi di KLIA, ia akan memudahkan barangan luar diimport masuk, selain barangan tempatan untuk dihantar ke luar negara.
Hab Perkhidmatan Satelit pula akan terletak di Bandar Malaysia dan dinamakan sebagai Kuala Lumpur Internet City (KLIC). Melaluinya, ia akan menyediakan ruangan pejabat, pusat latihan, ruangan untuk aktiviti komuniti – dan semuanya diintegrasikan dengan kemudahan pelabur dan fasiliti terkini.
Dan akhir sekali, Platform e-Perkhidmatan pula akan menawarkan kemudahan untuk perniagaan menguruskan beberapa perkara seperti pengurusan pelayan web, platform pembayaran, insuran, permit, dan sebagainya.
Dengan pelancaran ini, DFTZ menyasarkan untuk membantu syarikat kecil dan sederhana tempatan untuk memasarkan produk mereka pada peringkat global dengan lebih mudah. Pada masa yang sama, ia turut membolehkan Malaysia menjadi pusat sehenti untuk pelbagai jenama global memasarkan produk mereka untuk pasaran ASEAN.
Bagi menjayakan perkara ini juga, MDEC bekerjasama dengan Alibaba Group untuk pembangunan DFTZ di Malaysia, sekaligus menghubungkan ia dengan China. DFTZ ini dijangka akan menghasilkan sekitar 60,000 pekerjaan menjelang 2025.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia"