Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Alipay Mengumumkan Kerjasama Dengan Maybank Dan CIMB Untuk Dilancarkan Di Malaysia

Alipay merupakan salah satu platform pembayaran yang dimiliki oleh Jack Ma – dan digunakan secara meluas di China untuk pembelian melalui platform Alibaba. Terkini, seperti dirancang, perkhidmatan berkenaan juga bakal hadir ke pasaran tempatan.

Untuk tujuan berkenaan, hari ini Alipay mengumumkan kerjasama dengan Maybank dan juga CIMB.

Alipay CIMB

Alipay Maybank

Melalui kerjasama ini, mereka akan melancarkan perkhidmatan pembayaran berasaskan barcode dari Alipay di Malaysia. Ia sekaligus akan membolehkan pelancong dari China untuk membuat pembayaran menggunakan Alipay, sementara untuk penjual tempatan pula, mereka akan lebih mudah menerima pembayaran.

Selain daripada itu, ketiga-tiga syarikat ini juga dilihat akan turut melihat kepada peluang kerjasama dalam arena perkhidmatan kewangan lain di Malaysia, termasuk dalam lebih membantu mempromosikan perdagangan dikalangan syarikat kecil dan sederhana.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Alipay Mengumumkan Kerjasama Dengan Maybank Dan CIMB Untuk Dilancarkan Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info