Facebook Messenger pada Android telah sedia menyokong SMS tidak lama sebelum ini, tetapi fungsi tersebut telah dikeluarkan daripadanya untuk seketika. Hari ini, pihak Facebook secara rasminya mengumumkan pengenalan fungsi tersebut kembali kepada semua pengguna peranti Android.
Melalui kemaskini baru Facebook Messenger untuk Android, kini pengguna boleh menghantar dan menerima SMS menggunakan aplikasi tersebut – sekaligus membolehkan anda menguruskan pelbagai permesejan anda menggunakan hanya satu aplikasi.
Seperti biasa, untuk menghantar dan menerima SMS, pengguna masih tertakluk kepada bayaran yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi.
Facebook mengatakan fungsi baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Android melalui aplikasi Messenger mereka bermula hari ini.
Muat-Turun Facebook Messenger untuk Android
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kini Anda Boleh Menghantar Dan Menerima SMS Melalui Aplikasi Facebook Messenger Di Android"