Sembang Maniac

Sembang-sembang je

123RF Mengambil-Alih Perkhidmatan Penyuntingan Gambar Pixlr Daripada Autodesk

123RF123RF merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada perkhidmatan stockphoto, dan pada tahun ini mereka dilihat menambah beberapa perkhidmatan baru dibawah portfolio mereka. Selepas mengambil-alih laman jual-beli bahan kreatif, TheHungryJPEG pada Mac lepas, kini hari ini mereka telah mengambil-alih Pixlr.

Pixlr merupakan salah satu penyunting gambar berasaskan awan dan juga ditawarkan untuk iOS, Android, serta Windows. Beberapa penawaran terdapat dibawah Pixlr, termasuk Pixlr Editor, Pixlr-O-Matic dan juga Pixlr Express. Perkhidmatan ini telah dimulakan pada 2008 yang lepas, dan pada 2011, Autodesk telah mengambil-alihnya.

Kini, pada 2017, 123RF dari Malaysia telah mengambil-alihnya daripada Autodesk, tetapi harga pengambil-alihan tidak diumumkan.

Dengan pengambil-alihan ini, Pixlr dilihat akan terus beroperasi seperti biasa, selain turut menerima sokongan komuniti daripada 123RF.

Layari : Pixlr



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "123RF Mengambil-Alih Perkhidmatan Penyuntingan Gambar Pixlr Daripada Autodesk"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info