Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Spotify Diperkatakan Tidak Lagi Berminat Untuk Mengambil-Alih SoundCloud

Spotify sebelum ini telah beberapa kali diperkatakan dalam perbincangan untuk mengambil-alih satu lagi perkhidmatan penstriman audio, iaitu SoundCloud. Namun, kini, mengikut laporan TechCrunch, Spotify dikatakan tidak lagi berminat untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan buat masa ini.

Spotify sebelum ini telah berbincang dengan SoundCloud untuk mengambil-alihnya, sekaligus membolehkan pihak Spotify sendiri menambah penawaran kandungan berbentuk podcast, selain lagu-lagu dan muzik daripada penyanyi bebas.

Spotify dikatakan tidak lagi meneruskan perbincangan bersama SoundCloud buat masa ini kerana tidak ingin menambah masalah perlesenan untuk tahun 2017 kelak – apatah lagi memandangkan beberapa desas-desus mengatakan mereka ingin menyenaraikan syarikat di bursa saham.

Seperti kebiasaan, kedua-dua pihak, Spotify dan SoundCloud tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Spotify Diperkatakan Tidak Lagi Berminat Untuk Mengambil-Alih SoundCloud"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info