Peranti boleh-pakai masih boleh dikategorikan sebagai peranti niche yang belum digunakan secara meluas. Pelbagai fungsi yang wujud pada jam tangan pintar misalnya, tidak unik kepadanya dan boleh juga didapati pada telefon pintar sedia ada. Ketiadaan fungsi unik sebenar ini ialah salah satu batu penghalang kepada majoriti pengguna untuk memiliki sebuah peranti boleh-pakai.
Microsoft mempunyai idea bagaimana peranti boleh-pakai menjadi lebih berguna kepada pengguna komputer Windows 10. Mereka menunjukkan demo sebuah komputer Windows 10 dinyahkunci apabila ia mengesan peranti boleh-pakai Microsoft Band pemilik komputer.Ini ialah sebahagian daripada sistem keselamatan di bawah Windows Hello Companion Device Framework. Kepada mereka yang kurang gemar menaip kata laluan dan nombor pin yang digunakan pada Windows 10 sekarang, ini ialah salah satu sistem futuristik yang mempermudahkan kehidupan seharian. Sistem nyahkunci ini tidak akan terhad kepada peranti boleh-pakai Microsoft akan akan terbuka kepada semua termasuk yang menggunakan sistem operasi Android.
Pada waktu yang sama ini membuka kepada kebarangkalian Windows 10 dinyahkunci apabila mengesan telefon pintar milik pengguna. Kita sudahpun hidup di dunia pasca PC, adakah kita kelak akan hidup di dalam dunia pasca kata laluan?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Windows 10 Kelak Boleh Dinyahkunci Menggunakan Peranti Boleh-Pakai"