Sembang Maniac

Sembang-sembang je

GOG Connect Membolehkan Anda Memuat Turun Permainan Dari Steam Tanpa Sekatan DRM

Kami yakin ramai pembaca Amanz menggunakan perkhidmatan Steam untuk bermain permainan komputer. Ia perkhidmatan mudah dan membolehkan anda memiliki permainan secara halal pada harga mampu milik. Tetapi Steam menggunakan sistem DRM yang membuatkan anda tidak benar-benar memiliki permainan yang anda beli. Ia hanya boleh dimainkan menggunakan pelancar Steam terlebih dahulu. GOG Connect akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan membolehkan anda memuat turun permainan yang anda miliki di Steam tanpa sebarang sekatan DRM.

GOG connect 1Melalui GOG Connect, anda hanya perlu menyambungkan akaun Steam anda. Permainan tertentu yang anda sudah miliki akan dipadankan dengan apa yang wujud di dalam pangkalan data GOG. Anda kemudian boleh memuat turun satu salinan permainan untuk disimpan. Buat masa ini pilihan permainan yang boleh dimuat turun adalah kecil. Anda boleh melihatnya di senarai di bawah. Tetapi GOG bercadang untuk bekerjasama dengan lebih banyak pembangun untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna kedua-dua platform.

  1. – The Witness
  2. – FTL: Faster Than Light
  3. – The Incredible Adventures of Van Helsing: Final Cut
  4. – Galactic Civilizations 3
  5. – Trine Enchanted Edition
  6. – Saints Row 2
  7. – Shadowrun Returns
  8. – The Witcher: Enhanced Edition

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "GOG Connect Membolehkan Anda Memuat Turun Permainan Dari Steam Tanpa Sekatan DRM"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info