Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Menguji Sokongan Pop Keluar Video Pada Tetingkap Kecil Di Web – Terus Menonton Sambil Melayari FB

Tidak lama sebelum ini, Facebook sedia menawarkan sokongan untuk memainkan video pada sebuah tetingkap kecil di peranti mudah-alih. Melaluinya, anda boleh terus menonton sesuatu video sambil kekal menatal dan melayari laman Facebook seperti biasa.

Ini sangat berguna sekiranya anda sedang mengikuti sesuatu siaran langsung di Facebook Live, dan pada masa yang sama ingin melihat komponen atau halaman lain di Facebook.

Facebook Video

Kini, gergasi laman sosial berkenaan turut sedang menguji fungsi lebih kurang sama pada web Facebook. Apabila anda membuka sesuatu video dan tertekan pada bahagian luar ketika video dimainkan, ia secara automatik menjadikan video berkenaan dimainkan dalam tetingkap bersaiz kecil.

Walaubagaimanapun, ia berhenti berfungsi apabila pengguna klik pada sebarang laman Facebook Profile atau Facebook Pages.

Buat masa ini, pihak Facebook dilihat sedang mengujinya dikalangan segelintir pengguna – dan tidak mustahil memperkenalkannya secara meluas kepada semua.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Facebook Menguji Sokongan Pop Keluar Video Pada Tetingkap Kecil Di Web – Terus Menonton Sambil Melayari FB"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info