Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Firma Jepun Menggunakan Instagram Stories Untuk Menyaring Pemohon Kerja

Instagram Stories ialah fungsi Snapchat yang kini semakin popular pada platform media sosial milik Mark Zuckerberg. Kepopularannya berjaya memintas jumlah pengguna di Snapchat pada April yang lalu. Di Jepun, Instagram Stories kini telah digunakan untuk menyaring pemohon kerja.

Firma pemasaran Liddell  dan rekaan dalaman dan perabot KAJA Design adalah yang terawal menggunakan Stories untuk mencari calon yang layak memohon kerja. Liddell ialah firma yang sedang mencari Influencer untuk memasarkan produk. Pemohon perlu menghantar video dengan panjang maksimum 15 saat. Mereka akan dihakimi berdasarkan kekreatifan video yang dihantar. Mereka yang melepasi saringan akan menerima DM terus ke akaun Instagram mereka dan seterusnya layak menjalani sesi temubual.

KAJA Design pula memerlukan pemohon memuat naik gambar profil Instagram mereka. Ini bagi membolehkan syarikat melihat sama ada pemohon mempunyai citarasa rekaan yang sesuai dengan syarikat. Seperti di Liddell, pemohon yang berjaya akan menerima DM terus dari syarikat sebelum dijemput ke sesi temuduga.

Adakah anda bersetuju sekiranya Instagram digunakan sebagai platform mencari kerja? Di Malaysia bakal majikan telah mula melakukan pemeriksaan latar belakang pemohon dengan melihat profil media sosial. Oleh itu berhati-hati dengan apa yang ditaip dan dimuat naik ke media sosial supaya tidak menyebabkan anda menganggur.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Firma Jepun Menggunakan Instagram Stories Untuk Menyaring Pemohon Kerja"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info