Sokongan pembayaran menggunakan peranti mudah-alih semakin mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini. Apple telah memperkenalkan Apple Pay sebelum ini, selain Google dengan penawaran Google Wallet. Beberapa syarikat peranti mudah-alih turut memfokuskannya, dengan Samsung mengambil-alih Loopay, selain sejumlah perkhidmatan aplikasi mudah-alih yang menawarkan kemudahan pembayaran melalui perkhidmatan permesejan.
Kini, Google selain daripada Google Wallet, turut kelihatan akan menyediakan sebuah API khusus untuk membolehkan pembayaran melalui peranti Android – selain memudahkan lebih ramai mengintegrasikan sokongannya melalui peranti Android.
Menurut desas-desus awal, ia akan ditawarkan secara berasingan berbanding Google Wallet – tetapi pada masa yang sama menyokong antara satu sama lain. Memandangkan penggunaan Google Wallet masih tidak meluas, maka
Pengenalan Android Pay API ini akan memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran dengan mudah tanpa perlu melalui proses Google Wallet, sekaligus pada masa yang sama memudahkan integrasi dilakukan oleh pelbagai syarikat dan pembangun.
Google I/O bakal diadakan pada bulan Mei kelak, dan jika hal ini benar, maka kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya ketika acara tersebut.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Android Pay Pada I/O"