Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Apple Bakal Mengemaskini Thunderbolt Display Dengan Resolusi 5K Dan GPU Terbina

Thunderbolt Display ialah monitor yang dihasilkan oleh Apple bagi menggantikan monitor Cinema Display. Ia bersaiz 27″ dengan resolusi 2560×1440 pixel dan telah terjual sejak 2011. Apple dilaporkan akan mengemaskini Thunderbolt Display dengan skrin beresolusi 5K (5120×2880 pixel ) dan GPU terbina. Ini adalah kerana resolusi yang digunakan sekarang tidak lagi memadai di dalam pasaran yang kini dipenuhi skrin 4K.

Apple-thunderbolt-Display-45Monitor baru ini dilengkapi GPU terbina bagi memastikan MacBook yang bersambung mampu menyokong grafik pada resolusi yang tinggi. Dengan GPU terbina, MacBook Air yang nipis masih mampu digunakan dengan Thunderbolt Display walaupun ia tidak mempunyai kad grafik terbina. Ini pastinya berita gembira bagi peminat Apple. Sekiranya ura-ura ini benar, mungkin selepas ini giliran Mac Pro pula dikemaskini kerana sudah hampir tiga tahun tidak dinaik taraf komponennya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Apple Bakal Mengemaskini Thunderbolt Display Dengan Resolusi 5K Dan GPU Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info