Dua minggu lalu jualan pengesan kesihatan Microsoft Band 2 dihentikan. Ini dilakukan selepas kehabisan inventori dan tiada unit baru dihasilkan. Mereka juga menegaskan tiada Band 3 akan dihasilkan pada tahun ini. Disamping itu terdapat laporan pasukan yang menghasilkan perisian untuk Band telahpun dibubarkan.
Hari ini prototaip Band 3 tertiris ke arena web. Dari segi rekaan ia mengekalkan rekaan yang sama seperti model terdahulu dengan perubahan pada pendakap tali. Skrin melengkung dikekalkan dan terdapat jubin baru menunjukkan kemampuan menjejak pengguna ketika berenang. Selain daripada itu ia kini kalis air sepenuhnya, mempunyai sistem elektrokardiogram dan RFID terbina. Tahun 2016 bukanlah tahun yang baik untuk peranti boleh-pakai. Google sendiri menangguhkan Android Wear 2.0 ke tahun hadapan dan banyak pengeluar tidak menghasilkan model baru jam tangan pintar mereka.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Microsoft Band 3 Yang Dibatalkan Tertiris"