Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Alcatel OneTouch Dilaporkan Mengambil-Alih Tanda Dagang Palm Daripada HP

PalmHP beberapa tahun lepas telah mengambil-alih pengeluar peranti pintar berasaskan webOS, iaitu Palm. Selepas pengambil-alihan tersebut, pihak HP boleh dikatakan tidak begitu menggunakan aset yang dibeli, dimana webOS telah mula digunakan oleh LG untuk televisyen mereka, dan kini hadir laporan mengatakan pihak HP telah memindahkan hak milik tanda dagang untuk Palm.


Menurut laporan awal, tanda dagang ini dikatakan telah dipindahkan kepada Alcatel OneTouch – yang mana merupakan pengeluar peranti pintar berasaskan Android yang tidak asing dikalangan pengguna tempatan.


Melalui pemindahan yang difailkan oleh HP, tanda dagang Palm ini dipindahkan kepada sebuah syarikat dinamakan Wide Progress Global Limited, dimana ia diketuai oleh Nicolas Zibell – yang mana juga merupakan presiden untuk Alcatel OneTocuh dan TCL di Amerika dan Pasifik.


Untuk makluman, jenama Palm mungkin tidak begitu popular di kalangan rakyat Malaysia, tetapi di Amerika Syarikat ia amat terkenal – terutamanya dengan PDA dan telefon pintar mereka beberapa tahun dahulu. Beberapa spekulasi turut mengatakan jenama tersebut mungkin digunakan oleh Alcatel untuk memperluaskan penawaran mereka di Amerika Syarikat dan memperkukuhkan kedudukan mereka di sana.


Smart Move


Memberi petanda lagi ia kini dimiliki Alcatel OneTouch adalah penggunaan slogan yang lebih kurang sama, iaitu “Smart Move” pada laman baru Palm.


Seperti biasa, tiada komen dikeluarkan kedua-dua syarikat buat masa ini. Dan semestinya salah satu perkara yang menarik perhatian ramai adalah apakah yang mungkin dilakukan oleh Alcatel dengan jenama Palm ini sekiranya ia dimiliki mereka sekarang.






Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Alcatel OneTouch Dilaporkan Mengambil-Alih Tanda Dagang Palm Daripada HP"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info