Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Containerville – Ruang Pejabat Untuk Startup Diperbuat Daripada Kontena Terpakai

10678659_384295441724952_6228780763663090257_n


Syarikat teknologi kini sangat bernilai. Uber yang baru berusia 5 tahun kini bernilai $40 Billion. Oleh sebab itu ramai anak muda yang mahu mencipta aplikasi yang diharapkan akan mempunyai nilai setanding Uber. Masalah awal startup di seluruh dunia ialah mendapatkan dana bagi menjadikan idea mereka realiti. Kesempitan wang membuatkan majoriti startup tidak mampu mempunyai ruang pejabat mereka sendiri. Di Malaysia terdapat Startup Hub yang menyewakan ruang pejabat dengan kesemua kemudahan dengan sewa semurah RM 300 sebulan. Di United Kingdom mereka mempunyai Containverville di tengah-tengah kota London. Keunikan Containerville ialah keseluruhan bangunan pejabat ini dibina menggunakan kontena kargo terpakai. Ianya dibina bagi memberikan ruang pejabat mampu milik kepada startup di United Kingdom. Sebanyak 30 kontena kargo terpakai disusun menjadi bangunan dua tingkat di Regent’s Canal. Ruang kontena sebesar 1000 kaki persegi ini disewakan pada harga £1000 sebulan merangkumi bayaran elektrik, air dan talian internet 100 MBps. Kemudahan seperti Containerville ini diharap dapat mewujudkan komuniti setanding Silicon Valley di tengah-tengah London.


Capture DSF1018-(1)






Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Containerville – Ruang Pejabat Untuk Startup Diperbuat Daripada Kontena Terpakai"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info