Sembang Maniac

Sembang-sembang je

CityHome : Rumah Pintar Dikawal Dengan Pergerakan Tangan

Pemintaran rumah ialah idea yang sudah wujud sejak 1980an lagi. Kami masih ingat menonton siri TV Beyond 2000 yang menunjukkan rumah pintar yang boleh mengawal suhu, penggunaan elektrik dan bercakap dengan penghuni pada tahun 1988. Kami cukup teruja melihat masa depan yang dikatakan akan wujud dalam masa terdekat. Kini sudah tahun 2014 tetapi konsep rumah pintar dekad 80an yang ditonton masih lagi belum digunakan secara meluas dan terhad kepada golongan kaya sahaja.


JEDI cityhome


CityHome ialah sebuah lagi konsep rumah masa hadapan yang boleh dikawal dengan menggunakan pergerakan tangan. Ianya dibangunkan oleh MIT Media Lab dan membayangkan rumah dengan ruangan kecil yang boleh berubah konfigurasi dalamannya dengan kawalan tangan. Ruang kecil sebuah apartmen seluas 840 kaki persegi boleh digandakan sebanyak tiga kali ganda dengan penggunaan perabot yang boleh berubah. Dengan penggunaan teknologi ini ruang apartmen boleh Katil boleh disorokkan ketika tidak digunakan dan ruang yang sama digunakan sebagai pejabat pada waktu siang. Proses menggerakkan dan menyimpan perabot dilakukan sepenuhnya dengan pergerakan tangan. Sensor yang dipasang di dalam CityHome membaca arahan pergerakan tangan penghuni dan menggerakkan perabot secara automatik. Selain perabot setiap lampu di dalam rumah ini juga dikawal sepenuhnya menggunakan teknik yang sama. Sebuah konsep yang menarik kerana boleh menjadikan idalam anda mengawal perabot seperti seroang kesatria Jedi menjadi realiti.







Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "CityHome : Rumah Pintar Dikawal Dengan Pergerakan Tangan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info