Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemalam Untuk Chromebook Memudahkan Anda Menjalankan Linux Dalam Chrome OS

Chromebook merupakan komputer riba berasaskan kepada sistem operasi Chrome OS – dimana lebih memfokuskan kepada sistem perkomputeran awan dan penggunaan pelayar web serta pelbagai perkhidmatan berasaskan web. Ia sedia dipasarkan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia ia digunakan oleh para pelajar di sekolah.


Ubuntu Chrome OS


Terkini, sebuah pemalam yang dinamakan sebagai Crouton Integration Chrome Extension membolehkan para pengguna komputer riba berasaskan Chrome OS ini menjalankan sistem operasi Linux kegemaran dalam tetingkap didalam Chrome OS tanpa memerlukan sebarang terminal maya seperti sebelum ini.


Apa pun, untuknya pengguna perlu menggunakan komputer riba mereka dalam mod pembangun – yang mana mungkin tidak begitu selari dengan pengguna umum. Untuk makluman, menjalankan Linux pada komputer riba Chromebook bukan sesuatu yang baru, tetapi dengan pemalam ini, ia lebih memudahkan proses berkenaan dikalangan pengguna sistem operasi Chrome OS berkenaan.







Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemalam Untuk Chromebook Memudahkan Anda Menjalankan Linux Dalam Chrome OS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info