Tidak seperti pekerja lelaki, pekerja wanita harus mengenakan solekan sebelum pergi ke tempat kerja. Ini bagi memaparkan imej profesional. Malang sekali walaupun di tahun 2016, wanita yang tidak mengenakan solekan dianggap selekeh. Jika diberikan peluang dan tiada prejudis, ramai yang memilih untuk tidak mengenakan mekap yang mengambil masa yang lama untuk dikenakan.
Di Jepun ramai pekerja wanita bekerja dari rumah. Perhubungan dengan pejabat dan pelanggan dilakukan menerusi aplikasi pemesejan video seperti Skype. Oleh itu Microsoft dan pengeluar alat solek Shiseido bekerjasama untuk menghasilkan perisian Tele Beauty untuk Skype. Menerusi Tele Beauty pengguna boleh mengenakan mekap secara maya. Bagi golongan ibu yang bekerja dari rumah ini menjimatkan masa mereka.
Buat masa ini Tele Beauty hanya ditawarkan di Jepun. Sistem solekan maya ini sebenarnya bukannya baru dan wujud pada aplikasi kamera selfie beberapa peranti di pasaran. Perbezaan hanyalah Tele Beauty mengenakan solekan pada video dan bukannya gambar statik.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tele Beauty – Sistem Solekan Maya Untuk Skype Diperkenalkan Di Jepun"