Di pasaran sekarang Huawei P9 ialah satu-satunya peranti dengan sistem dwi-kamera dengan sensor monokrom. Di China pesaingnya sudah wujud dengan pelancaran LeEco’s Cool 1 Dual. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses Snapdragon 652, RAM 3/4 Gigabyte dan storan 32/64 Gigabyte. Kamera berkembar pada panel belakang adalah sebesar 13 Megapixel serba satu. Salah satunya menggunakan sensor monokrom yang apabila digunakan serentak dengan sensor bewarna dikatakan dapat meningkatkan kualiti gambar sebanyak 30%.
Kamera utama ini mampu merakam video pada resolusi 4K. Kamera hadapan pula ialah sebesar 8 Megapixel. Akhir sekali bateri sebesar 4060 mAh menjadi sumber kuasa dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Android Marshmallow digunakan dengan pelancar EUI. Harga jualan bermula dari RMB 1099 (~RM 662) untuk model asas 32GB/3GB dan meningkat ke RMB 1699 (~RM 1024) untuk model premium 64GB/4GB.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LeEco Cool 1 Dual – Sebuah Lagi Peranti Dwi-Kamera Dengan Sensor Monokrom"