Pasaran peranti kedua terbesar di dunia ialah di China yang terletak di belakang Amerika Syarikat dan diikuti pula oleh India. Kejayaan di tiga pasaran utama ini akan menjadi kayu pengukur kejayaan syarikat pengeluar peranti dunia. Angka terbaru IDC diperlihatkan dan pada suku kedua 2016, Huawei kukuh di tangga pertama dengan pegangan pasaran 17.2%. Ini adalah peningkatan dari 15.6% pada suku yang sama 2015.
Huawei diekori rapat oleh Oppo (16.2%), Vivo (13.2%) , Xiaomi (9.5%)dan Apple (7.8%). Peningkatan paling mengejutkan direkodkan oleh Oppo yang mencatatkan kenaikan jualan sebanyak 124.1% berbanding suku yang sama 2015. Xiaomi pula menunjukkan penurunan jualan yang besar iaitu -38.4% berbanding suku yang sama 2015. Adalah menarik melihat perubahan nasib dua pengeluar dari China ini. Oppo menunjukkan peningkatan jualan kerana mudah dimiliki manakala sebaliknya untuk Xiaomi kerana kerap kehabisan stok. Jadi tidak mengejutkan Xiaomi akan mula membuka 1000 kedai fizikal di China bagi meningkatkan jualan mereka di China.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Pengeluar Nombor Satu Di China Pada Suku Kedua 2016 Diikuti Oleh Oppo"