Imej acah telah dikongsi oleh Oppo minggu lalu. Minggu ini tarikh permulaan pra-tempahan Oppo F5 6GB akhirnya telah diumumkan. Bagi yang berminat untuk memiliki Oppo F5 dengan saiz RAM lebih besar, ia boleh ditempah pada 6 Disember hadapan. Dua warna ditawarkan iaitu merah dan hitam.
Dari segi spesifikasi Oppo F5 6GB dilengkapi skrin 6″ FHD+, dijana pemproses MediaTek Helio P23, memori sebesar 6GB, storan sebesar 64GB, kamera utama sebesar 16-Megapixel f/1.8, kamera hadapan 20-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3200 mAh. Harga jualan masih belum diketahui buat masa ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pra-Tempahan Oppo F5 6GB Akan Dibuka Pada 6 Disember"