Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Shiftwear – Kasut Dengan Paparan E-Ink Memudahkan Rekaan Diubah Mengikut Busana Anda

Secara purata seorang lelaki mempunyai tiga pasang kasut. Satu kasut untuk bersukan, satu kasut untuk ke tempat kerja dan satu kasut untuk berjalan-jalan. Bagi seorang wanita pula mereka mempunyai purata 20 pasang kasut yang perlu dipadankan dengan busana yang dipakai. Secara peribadi kami hanya mempunyai dua pasang kasut dan sepasang selipar untuk kegunaan setiap hari. Keperluan memadankan kasut dengan busana yang dipakai mungkin dapat diselesaikan dengan kasut Shiftwear.

Kasut moden ini mempunyai tubuh yang diperbuat daripada skin e-ink. Melalui aplikasi pintar khas, pemilik Swiftwear boleh mengubah corak, warna dan juga gaya kasut ini. Tambah menarik ia bukan sahaja boleh memaparkan imej statik malahan boleh menggunakan imej beranimasi. Bateri yang digunakan mampu bertahan selama 30 hari dan dicas semula dengan setiap langkah yang diambil pemakai. Kasut ini juga kalis air sehingga lima meter dan mempunyai tapak yang diperbuat daripada kevlar. Harga sepasang kasut Swiftwear bermula dari $150 (~RM 630) sepasang. Jika anda tidak mahu membeli kasut pelbagai corak untuk acara tertentu, sepasang Swiftwear sudah cukup untuk menghasilkan pelbagai gaya yang diperlukan.

Swiftwear 2

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Shiftwear – Kasut Dengan Paparan E-Ink Memudahkan Rekaan Diubah Mengikut Busana Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info