Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mengambil-Alih Firma Teknologi Rakaman Gerakan Wajah, Faceshift

Apple sering mengambil-alih syarikat dan firma teknologi bersaiz kecil dari semasa ke semasa. Terkini, Apple dilihat telah mengambil-alih syarikat Faceshift yang memfokuskan kepada teknologi rakaman gerakan wajah.

Melalui teknologi yang dibangunkan Faceshift, ia membolehkan pembangunan animasi yang menggunakan ekspresi wajah seseorang pengguna – dalam bentuk masa-nyata.

Faceshift

Apple tidak berkongsi akan perancangan merek untuk penggunaan teknologi berkenaan. Ia mungkin digunakan dalam bentuk memberikan pengalaman permainan yang lebih baik dan realisitik kepada pengguna, atau turut digunakan untuk tujuan pembangunan teknologi realiti-maya oleh Apple. Apple juga tidak mustahil untuk menggunakan teknologi berkenaan untuk rakaman identiti bagi tujuan sekuriti.

Teknologi Faceshift ini juga dikatakan digunakan dalam filem Star Wars terkini yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Apple seperti biasa tidak berkongsi akan mengenai harga pembelian syarikat Faceshift ini dan apakah perancangan mereka untuknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mengambil-Alih Firma Teknologi Rakaman Gerakan Wajah, Faceshift"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info