Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Belty – Tali Pinggang Pintar Yang Boleh Melonggar Ketika Duduk, Dan Memperketat Ketika Anda Berdiri

Pada dunia hari ini, kita telah sedia melihat pelbagai peranti pintar. Terkini, bersempena CES 2015, salah satu produk baru yang turut hadir adalah Belty, yang mana merupakan sebuah tali pinggang pintar untuk pengguna.


Belty


Belty hadir dengan sensor terbina, dan juga sebuah motor yang membolehkan ia mengetatkan tali pinggang dan juga melonggarkannya mengikut keadaan. Sebagai contoh, ketika anda duduk untuk makan, ia akan melonggarkan tali pinggang secara automatik, sementara ketika anda bangun untuk berjalan, ia memperketat tali pinggang.


Disamping itu, sensor terbina pada tali pinggang ini turut membolehkan ia memantau aktiviti anda, dan memberikan notifikasi sekiranya anda tidak bersenam atau duduk untuk waktu yang lama. Sebuah aplikasi khusus turut disediakan untuk anda melihat data berkaitan yang dikumpulkan oleh Belty ini sepanjang hari.


Belty


Belty masih belum dipasarkan buat masa ini, dan pembangunnya dijangka akan mula menjual ia tidak lama lagi. Harga jualannya dijangka akan sedikit tinggi ketika mula dijual kelak.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Belty – Tali Pinggang Pintar Yang Boleh Melonggar Ketika Duduk, Dan Memperketat Ketika Anda Berdiri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info