Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Empat Fakta Asas Mengenai Minyak Petrol Dan Penjimatan Wang

Didalam kemajuan dunia automotif yang semakin mengejar kearah penggunaan tenaga alternatif, tenaga bahan bakar fosil merupakan pilihan terutama sehingga kini. Minyak petrol merupakan satu komponen paling penting dalam penggunaan kereta. Ini kerana berdasarkan minyak yang digunakan, ia juga mempunyai kesan jangka panjang terhadap penggunaan enjin.

Berikut merupakan fakta asas mengenai minyak petrol yang anda gunakan setiap hari.

RON Sama, Prestasi Berbeza

Semua petrol yang ditawarkan di pasaran meskipun sama dari segi nilai RON (Research Octane Number), namun ia tetap berbeza bergantung kepada pengeluar. Perbezaan tersebut adalah bergantung kepada pengeluar berdasarkan pemilihan ejen pemangkin iaitu bahan tambahan untuk meningkatkan prestasi penggunaan petrol tersebut.

Apa Itu Ejen Pemangkin?

BHPetrol Infiniti -IMG_9920

Ejen pemangkin berfungsi untuk mengeluarkan karbon yang berlebihan yang mengganggu pembakaran minyak fungsi dalam kebuk pembakaran enjin. Apabila karbon berjaya dibersihkan, ia juga menyampaikan prestasi yang lebih untuk pembakaran dan menjana lebih banyak kuasa untuk kenderaan.

Kelebihan BHPetrol Infiniti Berbanding Petrol Lain

Pada minyak petrol Infiniti yang dijual oleh BHPetrol, ejen pemangkin ini berfungsi untuk membuang sisa-sisa karbon yang mengganggu fungsi pembakaran minyak dalam ruang pembakaran enjin. Apabila sisa-sisa karbon ini berjaya dibersihkan, ia sekaligus memberikan lebih prestasi untuk pembakaran dan menghasilkan lebih kuasa bagi kenderaan. Malah minyak petrol Infiniti mempunyai ejen pemangkin dua kali ganda (800ppm) bagi kesan yang efektif dan ditawarkan pada harga yang sama seperti minyak lain.

Bagaimana Penggunaan Petrol Yang Bagus Dapat Menjimatkan Wang ?

BHPetrol Infiniti -IMG_9935

Minyak BHPetrol Infiniti juga mempunyai ejen pemangkin yang berfungsi untuk mengurangkan geseran diantara piston dan dinding silinder. Dengan kurangnya geseran, lebih banyak tenaga terhasil dan pembakaran dapat dilakukan dengan lebih efisien, sekaligus menjimatkan perbelanjaan petrol bulanan anda. Jika anda belum pernah mencubanya, anda boleh ke stesen BHPetrol berhampiran dan tiada perbezaan pada perbelanjaan kerana harganya sama seperti yang lain.

Bacaan lanjut: Minyak BHPetrol Infiniti

Penafian: Advertorial dari BHPetrol



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Empat Fakta Asas Mengenai Minyak Petrol Dan Penjimatan Wang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info