Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jualan iPhone 6 Diharamkan Di Beijing Kerana Didakwa Meniru Rekaan Peranti Ini

Kerap kita dengari rekaan iPhone ditiru oleh pengeluar lain. Kes paling terkemuka ialah apabila Samsung berjaya disaman Apple kerana rekaan peranti keluarga Galaxy S mereka. Sejak kebelakangan ini semakin banyak pula peranti dari negara China yang mempunyai rekaan yang “diilhamkan” oleh iPhone. Tetapi apa yang berlaku di Beijing minggu ini adalah sedikit mengejutkan kerana Apple didakwa meniru peranti Android keluaran 100+.

100C-iphone-saman-2Syarikat yang tidak terkemuka ini mendakwa iPhone 6 dan 6 Plus meniru rekaan telefon pintar 100C keluaran mereka. Oleh sebab itu  Pejabat Harta Intelek Beijing mengharamkan penjualan iPhone 6 dan 6 Plus kerana rekaan peranti Apple ini dikatakan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna yang mahu membeli 100C. Apple kini mencabar pengharaman jualan peranti mereka ini dan buat masa ini jualan masih boleh dilakukan di luar Beijing.  Apakah pendapat anda? Adakah iPhone 6 dan 6 Plus mempunyai terlalu banyak persamaan dengan 100C sehingga menimbulkan kekeliruan?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jualan iPhone 6 Diharamkan Di Beijing Kerana Didakwa Meniru Rekaan Peranti Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info