Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Chatible – Bot Facebook Messenger Yang Membolehkan Anda Berbual Dengan Seseorang Secara Rawak

Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda berbual dengan mereka yang tidak dikenali secara awanama. Terkini, dengan konsep yang sama, tetapi diintegrasikan terus pada Facebook Messenger adalah sebuah bot yang dinamakan sebagai Chatible.

Chatible

Melalui Chatible, ia menghubungkan dua pengguna untuk berbual pada tetingkap Chatible tanpa mendedahkan identiti masing-masing. Memandangkan ia menggunakan platform Messenger yang dikenali ramai, maka ia lebih menarik untuk digunakan dan tidak begitu janggal.

Buat masa ini, daripada percubaan kami sendiri, memandangkan Chatible masih baru dan lebih digunakan oleh mereka yang mengemari teknologi – maka pelbagai perbualan yang berlaku menerima respon yang matang dan tidak kebudak-budakkan.

Namun, perkara tersebut tidak mustahil berubah dengan lebih ramai menggunakan bot Chatible ini.

Bagi anda yang berminat dan ingin meluangkan masa di Messenger, mungkin boleh menambah bot Chatible hari ini.

Tambah : Bot Chatible pada Facebook Messenger



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Chatible – Bot Facebook Messenger Yang Membolehkan Anda Berbual Dengan Seseorang Secara Rawak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info