Kami mengkategorikan diri kami sebagai individu yang amat menepati masa. Sejak dari kecil kami berpegang teguh kepada maksim “sekiranya anda tiba tepat pada waktunya anda sebenarnya sudah terlambat”. Oleh sebab itu penggunaan aplikasi penggera yang mengingatkan kami untuk bangun awal setiap pagi adalah suatu kewajipan. Malang sekali kadang kala bangun awal tidak menjanjikan kami akan tiba tepat pada masa kerana kesesakan jalan raya yang muncul tanpa dijemput.
Snorelax ialah aplikasi penggera yang akan berbunyi lebih awal dari yang ditetapkan pengguna apabila ia mengesan kesesakan jalan raya. Lokasi kesesakan akan diberikan berserta ramalan waktu kelewatan perjalanan yang bakal dilalui. Buat masa ini Snorelax hanya dihasilkan untuk platform iOS. Ia juga hanya menyokong notifikasi kesesakan jalan raya di Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Selatan, Arab Saudi, UAE, Taiwan, Australia dan New Zealand. Kami berharap ia akan dibangunkan untuk Android dan menyokong Asia Tenggara. Aplikasi seperti Snorelax dapat menghapuskan stereotaip negatif “waktu Malaysia” yang sebenarnya amat memalukan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Snorelax – Aplikasi Penggera Membangunkan Anda Lebih Awal Sekiranya Kesesakan Jalan Raya Dikesan"