Pada masa kini, ramai pengguna lebih gemar melanggan kepada perkhidmatan penstriman muzik berbanding dengan muat-turun muzik. Perkara ini sendiri telah dialami oleh Apple melalui pengenalan Apple Music yang secara tidak langsung memperlihatkan penurunan muat-turun dan pembelian lagu daripada iTunes.
Kini, menurut laporan baru, ia diperkatakan Apple tidak berhasrat untuk meneruskan penawaran muat-turun lagu daripada iTunes untuk selamanya. Apple dikatakan masih sedang membincangkan mengenai perkara ini, dan mungkin ia dilaksanakan secara berperingkat mengikut negara yang telah mula aktif menggunakan perkhidmatan penstriman dan sebaliknya.
Sekiranya ia benar, maka perkara ini juga akan membuatkan lebih ramai pengguna tidak lagi keliru dengan penawaran muzik daripada Apple, selain memudahkan lagi pihak Apple memasarkan produk Apple Music mereka.
Buat masa ini, ia boleh dikatakan sebagai desas-desus awal, tetapi tidak mustahil untuk kita melihat ia ditamatkan memandangkan angka muat-turun lagu yang semakin menurun dari tahun ke tahun.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Apple Mungkin Menamatkan Penawaran Muat-Turun Lagu Dari iTunes Music Seawal 2018"