Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Mungkin Memperkenalkan Peranti Android VR Beroperasi Kendiri Pada Minggu Hadapan

Pada minggu hadapan, Google akan mengadakan acara tahunan mereka, Google I/O yang bakal memperlihatkan pengumuman pelbagai perkara baru. Salah satu perkara yang dijangka diumumkan oleh Google adalah berkaitan dengan Android VR – dan bersama-sama dengannya juga kini dikatakan Google akan memperkenalkan peranti khusus untuknya.

Google Cardboard Plastic

Peranti Android VR daripada Google ini kelak dikatakan tidak berkuasa seperti HTC Vive mahupun Oculus Rift. Tetapi ia boleh digunakan untuk mendapatkan pengalaman realiti-maya yang lebih baik berbanding dengan Google Cardboard sebelum ini.

Peranti ini juga tidak memerlukan sebarang telefon untuk digunakan bersama seperti pada Google Cardboard mahupun pada Gear VR daripada Samsung – sebaliknya mampu beroperasi secara kendiri. Ia turut dijangka akan menawarkan pengalaman yang lebih baik daripada Gear VR.

Mungkin juga kita akan dapat melihat Google mengintegrasikan kebolehan untuk berinteraksi dengan kandungan realiti-maya melalui AndroidVR ini – salah satu perkara yang tidak terdapat pada Google Cardboard tetapi terdapat pada beberapa platform lain.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Google pada minggu hadapan di Google I/O kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Mungkin Memperkenalkan Peranti Android VR Beroperasi Kendiri Pada Minggu Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info