Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uber Akan Menguji Bayaran Tunai Di Johor Bahru Bermula Esok

Uber merupakan salah satu perkhidmatan tempahan kenderaan dari satu lokasi ke lokasi lain seumpama teksi, dan telah beroperasi di Malaysia untuk beberapa tahun. Mereka turut telah memperluaskan penawaran di beberapa buah bandar, termasuk Johor Bahru.

Terkini, bergerak kehadapan, Uber bakal menguji bayaran secara tunai oleh pelanggan mereka – bermula di Johor Bahru esok. Ujian ini dibuat pada skala yang kecil, dan hanya segelintir kecil pengguna sahaja yang terpilih untuk mencubanya.

Uber sehingga kini menggunakan sokongan bayaran berasaskan kad kredit atau debit, dimana jumlah bayaran untuk sesuatu perjalanan ditolak terus apabila pengguna keluar daripada kenderaan. Pengenalan bayaran secara tunai ini merupakan sesuatu yang baru di Malaysia, dan mungkin ia turut boleh menarik segmen pengguna baru yang tidak mempunyai kad debit atau kredit untuk menggunakan perkhidmatan Uber ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uber Akan Menguji Bayaran Tunai Di Johor Bahru Bermula Esok"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info