HTC pada tahun ini telah hadir dengan beberapa variasi telefon pintar dibawah keluarga ONE, dan nampaknya, kini dalam persiapan untuk satu lagi telefon pintar baru dinamakan sebagai HTC One X9. Beberapa gambar telah tertiris ke arena web, memperlihatkan rekaan peranti tersebut, dan beberapa perubahan pada rekaan yang dibawakan oleh HTC.
Telefon pintar HTC One X9 ini dilihat tidak menyertakan sokongan pengimbas cap jari, dan logonya telah dialihkan ke bahagian atas, berbanding bawah sebelum ini pada bahagian hadapan. Disamping itu, kedudukan kamera belakang juga dilihat diposisikan pada bahagian tepi berbanding tengah pada beberapa peranti lain HTC.
Mengikut apa yang tertiris, HTC One X9 ini dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 5.5-inci dilengkapi paparan 1080p, cip pemprosesan lapan teras 2.2Ghz, memori 2GB RAM, dan bateri berkapasiti 3000mAh. Untuk rakaman gambar, ia bakal menyertakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.
Ia tidak diketahui lagi bilakah HTC akan melancaraknnya. Tetapi memandangkan ia telah tertiris kini, mungkin kita akan dapat melihat pengumuman rasmi untuknya hadir dalam beberapa minggu lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC One X9 Tertiris – Dijangka Diumumkan Pada Awal 2016"