Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Accenture Memperlihatkan Konsep Stesen Minyak Dengan Integrasi Digital Menyeluruh

Accenture merupakan salah satu syarikat konsultan terkemuka, dan hari ini, mereka telah mengambil masa untuk berkongsi memperlihatkan konsep stesen minyak dengan integrasi digital menyeluruh yang mungkin akan digunakan secara meluas dalam beberapa tahun akan datang.

Next Retail

Melalui konsep yang diperlihatkan, Accenture memperlihatkan apa yang dipanggil sebagai Next Retail, dan ia menggunakan telefon pintar, jam tangan pintar, dan juga beberapa sensor yang diletakkan di kedai minyak berkenaan.

Pengguna akan diperlukan untuk mendaftar pada telefon pintar mereka, dan sebaik sahaja tiba di stesen minyak, sensor berbentuk beacon akan mengesan pengguna dan memperlihatkan identiti pengguna pada skrin pam minyak.

Next Retail

Pengguna seterusnya boleh menetapkan berapa jumlah yang ingin diisi menggunakan jam tangan pintar atau telefon pintar, dan seterusnya memulakan isian minyak mereka. Seperti biasa, pengguna akan diperlukan memasukkan info akaun dan kad kredit ketika memulakan aplikasi berkenaan pada pertama kalinya.

Next Retail

Ketika mengisi minyak juga, skrin pada pam minyak akan memperlihatkan beberapa iklan dan tawaran khusus untuk pengguna, berdasarkan perbelanjaan mereka di pam minyak sebelum ini.

Pengguna kemudian boleh membuat tempahan tambahan terus daripada pam minyak dan mendapatkannya pada stesen minyak. Sebagai contoh, membuat tempahan minuman panas dan sebagainya.

Next Retail

Daripada apa yang diperlihatkan oleh Accenture, konsep stesen minyak berasaskan digital ini dilihat agak menarik, dan memudahkan pengguna serta pengurusan stesen minyak pada masa yang sama. Penggunaan aplikasi dan beacon juga membolehkan segala perkara yang ditawarkan kepada setiap pengguna adalah lebih peribadi dan berdasarkan kepada penggunaan harian mereka.

Accenture turut mengatakan yang mana perkara ini dijayakan dengan penggunaan pelbagai teknologi pada masa kini, dan boleh diimplementasikan dengan mudah oleh mana-mana stesen minyak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Accenture Memperlihatkan Konsep Stesen Minyak Dengan Integrasi Digital Menyeluruh"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info