Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Disney Memperlihatkan Sebuah Robot Yang Turut Boleh Memanjat Dinding

Disney sedia terkenal dikalangan ramai disebabkan penawaran francais siri filem dan animasi sejak bertahun-tahun yang lepas. Terkini, bahagian kajian dan pembangunan mereka turut memperlihatkan sebuah robot yang boleh bergerak di tanah, dan pada masa yang sama memanjat dinding.

Disney Vertigo

Robot yang dipanggil VertiGo ini boleh bergerak di jalan darat tanpa masalah dengan pantas, dan pada masa yang sama, memudahkan ia terus memanjat dinding dan bergerak di dinding serta-merta.

Untuk menjayakan perkara ini, VertiGo menggunakan tujahan pada bahagian atasnya, memudahkan ia untuk memanjat dinding serta-merta.

Buat masa ini, VertiGo hanya pada peringkat prototaip sahaja, dan ia dikatakan boleh membantu dalam pelbagai industri, termasuk dalam arena hiburan yang diterajui oleh Disney.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Disney Memperlihatkan Sebuah Robot Yang Turut Boleh Memanjat Dinding"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info