Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemas Kini Marshmallow Untuk Sony Xperia Z5 Kini Boleh Dimuat Turun

Kemas kini Android 6.0 Marshmallow untuk Sony Xperia Z5 akhirnya boleh dimuat turun oleh pengguna di Malaysia. Kemas kini yang bersaiz melebihi 1 Gigabyte ini mula diterima sejak pagi tadi. Dengan kemas kini ini akhirnya fungsi Google Now On Tap dapat digunakan oleh pengguna peranti utama Sony ini. Tetapi pada waktu yang sama fungsi Stamina Mode tidak lagi wujud. Ini adalah kerana Marshmallow mempunyai fungsi Doze yang menjimatkan penggunaan bateri.

Xperia Z5 MarshmallowIMG_0928Kepada pemilik Xperia Z5 Compact pula penantian anda mungkin turut akan berakhir. Kemas kini ke Marshmallow untuk peranti ini  sudah mula diterima pengguna di Eropah. Memandangkan kemas kini Marshmallow untuk Z5 tiba di Eropah 7 Mac yang lalu, kemungkinan besar peranti anda juga akan menerima kemas kini dalam masa yang terdekat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemas Kini Marshmallow Untuk Sony Xperia Z5 Kini Boleh Dimuat Turun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info