Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Menguji Pusat Data Pada Dasar Laut Melalui Project Natick

Pusat data sering mengeluarkan haba, dan memerlukan penyejuk untuk mengekalkan ia beroperasi dengan lancar. Pelbagai kaedah tenaga hijau digunakan dalam operasi pusat data, dan terkini Microsoft berkongsi kajian mereka dengan menguju pusat data pada dasar laut.

Project Natick

Dinamakan sebagai Project Natick, ia memfokuskan kepada penawaran pusat data pada kos rendah dan tidak memberikan impak yang besar kepada alam sekitar. Melalui ujian awal pihak Microsoft, ia dikatakan pusat data dibawah dasar laut ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan laut dan menghasilkan haba yang minima.

Microsoft masih membangunkan lagi projek ini, dan dikatakan sedang menguji dengan rekaan pusat data yang lebih besar dan inginkan sebuah pusat data yang boleh dikitar semula sepenuhnya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Menguji Pusat Data Pada Dasar Laut Melalui Project Natick"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info