Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SKMM Umum Pelaksanaan Agihan Semula Spektrum Untuk Syarikat Telekomunikasi

SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), hari ini melalui laman web rasmi mereka mengumumkan mereka akan mengagihkan semula spektrum kepada syarikat telekomunikasi yang mana akan melibatkan spektrum pada gelombang 900MHz dan juga 1800MHz.

SKMMPengagihan semula spektrum ini akan melibatkan empat syarikat telekomunikasi terkemuka, iaitu Celcom, Digi, Maxis dan juga U Mobile.

SKMM mengatakan mereka akan mengoptimasikan penggunaan spektrum melalui pembidaan untuk syarikat telekomunikasi, dan bayaran yang dilakukan akan membolehkan syarikat telekomunikasi yang terlibat menggunakan spektrum yang mereka terima untuk tempoh 15 tahun akan datang.

Pengagihan spektrum ini dijangka akan dilakukan pada Ogos 2016, dan diimplementasikan sepenuhnya menjelang Julai 2017.

Bayaran yang akan dikenakan masih lagi sedang dibincangkan, dan seperti perlaksanaan spektrum 3G sebelum ini, pembayaran akan boleh dilakukan secara berperingkat oleh syarikat telekomunikasi untuk meminimakan kos operasi mereka.

SKMM turut mengatakan mereka akan turut membincangkan mengenai penggunaan spektrum pada gelombang 700MHz, 2300MHz, 2600MHz dan lain-lain menjelang penghujung 2016 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SKMM Umum Pelaksanaan Agihan Semula Spektrum Untuk Syarikat Telekomunikasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info