Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengenalan iPhone SE Dan iPad Pro Baru Dikatakan Ditangguhkan Ke 21 Mac

Apple pada bulan Mac ini dikatakan akan memperkenalkan kemaskini kepada produk mereka, terutamanya memperkenalkan dua produk baru, iaitu iPhone SE dan juga iPad Pro bersaiz 9.7-inci. Ia sebelum ini dikatakan akan diperkenalkan pada pertengahan Mac, dan mengikut beberapa laporan baru, ia dikatakan ditangguhkan ke 21 Mac.

Laporan baru ini hadir daripada beberapa sumber berbeza, dan pihak Apple masih belum mengeluarkan sebarang jemputan media untuk acara baru mereka buat masa ini.

iPhone SE dikatakan akan menawarkan pelbagai fungsi iOS terkini pada peranti bersaiz 4-inci, sesuai untuk mereka yang inginkan peranti bersaiz kompak dan bukan sesuatu yang besar. Ia dijangka akan menggunakan rekabentuk seumpama iPhone 5 sebelum ini, tetapi menyertakan beberapa ciri-ciri daripada iPhone 6s.

Selain iPhone, Apple turut dijangka akan mengumumkan iPad Pro bersaiz 9.7-inci, menawarkan lebih pilihan kepada pengguna yang tidak gemarkan iPad Pro bersaiz 12-inci sebelum ini.

Buat masa ini, tarikh acara Apple ini masih belum disahkan – tetapi daripada pelbagai perkara yang kita dengar akhir-akhir ini, apa yang pasti adalah mereka akan mengumumkannya pada bulan Mac 2016 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengenalan iPhone SE Dan iPad Pro Baru Dikatakan Ditangguhkan Ke 21 Mac"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info