Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Perfume Dijangka Menggunakan Snapdragon 820, 4GB RAM, Kamera Belakang 12-UltraPixel

HTC pada tahun 2015 yang lepas telah mengecewakan ramai pengguna dengan penawaran produk HTC One M9 mereka. Dengan pelbagai komen dan maklumbalas yang diterima HTC, untuk 2016 ini, mereka ingin hadir dengan sesuatu yang menarik minat pengguna, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena peranti mudah-alih.

HTC One M9

Terkini, desas-desus baru hadir mengenai HTC One M10 ataupun turut dikenali dengan nama kod “Perfume”. Telefon pintar HTC baru ini dikatakan bakal dijana cip Snapdragon 820, dan sokongan grafik Adreno 530. Ia dijangka turut menggunakan memori 4GB RAM, dan hadir dengan storan 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan slot mikro-SD.

HTC Perfume ini bakal menggunakan skrin 5.1-inci dengan paparan QHD, serta dijana Android 6.0 Marshmallow dilengkapi antaramuka HTC Sense 8.0.

Untuk rakaman gambar pula, HTC dikatakan akan menggunakan teknologu Ultrapixel mereka kembali, dimana HTC Perfume ini dijangka menggunakan kamera belakang 12-UltraPixel. Kedua-dua kamera hadapan dan belakang dijangka dilengkapi sokongan penstabilan imej optikal, dan kamera belakang turut dilengkapi rakaman berasaskan autofokus lazer.

HTC mungkin melangkaui acara Mobile World Congress 2016 kali ini, dan mungkin mengadakan acara khusus untuknya sebulan dua selepas tarikh tersebut.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Perfume Dijangka Menggunakan Snapdragon 820, 4GB RAM, Kamera Belakang 12-UltraPixel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info