Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Malaysia Akan Memasarkan Gear S2 Classic Dalam Pilihan Kemasan Emas Merah Jambu Dan Platinum

Pada minggu lepas, Samsung telah memperkenalkan dua edisi baru Gear S2 mereka secara rasminya, iaitu Gear S2 Classic dalam pilihan kemasan emas merah jambu dan juga platinum. Lanjutan daripadanya, hari ini Samsung Malaysia berkongsi mengatakan ia akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Samsung Gear S2 Classic

Gear S2 Classic merupakan jam tangan pintar daripada Samsung yang hadir menggunakan skrin bulat dan rekaan yang sangat cantik dan elegan. Dengan dua pilihan baru ini, iaitu Emas Merah Jambu 18K dan juga Platonum, ia memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam mengekspresi diri mereka.

Pada masa yang sama, Samsung turut menekankan mengatakan kini terdapat pelbagai aplikasi baru untuk Gear S2, termasuk antaranya Uber, ESPN dan juga CNN. Beberapa muka jam baru turut ditambah – termasuk daripada watak kartun terkemuka.

Samsung turut mengatakan sokongan untuk iPhone bakal diperkenalkan tidak lama lagi untuk Gear S2.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Malaysia Akan Memasarkan Gear S2 Classic Dalam Pilihan Kemasan Emas Merah Jambu Dan Platinum"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info