Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nyahpasang Aplikasi Facebook Untuk Peranti Android Lebih Pantas & Bertahan Lebih Lama

Aplikasi Facebook ialah antara peranti yang paling banyak dimuat turun menerusi Google Play. Setakat ini la sudah dimuat turun lebih dari 1 Bullion kali. Ianya juga antara 5 aplikasi pertama yang dipasang oleh pengguna peranti Android. Kami yakin kebanyakan pembaca Amanz turut memasang aplikasi media sosial nombor satu di dunia ini pada peranti yang anda miliki. pbrandes_eth seorang pengguna laman Reddit melakukan ujikaji menarik menggunakan aplikasi ini.

Facebook

Beliau mendapati peranti Android akan dilancarkan lebih pantas sekiranya aplikasi Facebook tidak dipasang pada peranti. Pada waktu yang sama hayat bateri peranti juga akan bertahan 20% lama. Mengapakah ini berlaku? Menurut  beberapa teori, aplikasi Facebook akan sentiasa berjalan walaupun ketika tidak digunakan. Ini menyebabkan sebahagian RAM peranti digunakan dan juga menggunakan bateri. Masalah ini hanya berlaku pada platform Android. Pengoptimasian aplikasi nampaknya masih belum sebaik pada platform IOS. Ini mungkin antara sebab mengapa Facebook mengarahkan pekerja mereka untuk berhijrah dari menggunakan peranti IOS ke Android November lalu. Ini adalah bagi membuka mata mereka tentang kelemahan yang wujud pada aplikasi yang dibangunkan. Sekiranya anda mahukan peranti lebih pantas dan bertahan lama silalah nyahpasang aplikasi Facebook sekarang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nyahpasang Aplikasi Facebook Untuk Peranti Android Lebih Pantas & Bertahan Lebih Lama"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info