Dua tahun yang lalu kami melaporkan Dainese menghasilkan jaket penunggang motosikal Misano 1000 D-Air yang dilengkapi sistem beg udara. Apabila berlaku kemalangan, beg udara akan mengembang dan mengurangkan impak ke atas tubuh pemakai. Sistem beg udara ini telah diubahsuai oleh Dainese untuk digunakan di dalam industri pembinaan.
Dainese Safety Jacket direka untuk mengurangkan kecederaan sekiranya pekerja tapak pembinaan terjatuh dari ketinggian 2 meter. Sistem beg udara D-Air digunakan semula bagi melindungi tubuh pemakai. Terdapat pemproses pada Safety Jacket mengesan accelerometer bergerak pantas, beg udara akan dibuka secara automatik. Jaket ini turut berfungsi sebagai abah-abah apabila bekerja di tempat tinggi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dainese Menghasilkan Sistem Beg Udara Keselamatan Untuk Industri Pembinaan"