Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) iPhone 7 Akan Tidak Akan Mempunyai Jack Fon Kepala

Ketika diperlihatkan kepada umum pada tahun 2007, iPhone menurut mendiang Steve Jobs ialah sebuah iPod, telefon yang akan mengubah dunia dan peranti pelayar web mudah alih terbaik. Kemunculan iPhone adalah antara sebab mengapa jualan iPod mengalami kejatuhan mendadak. Dalam sekelip mata iPhone menggantikan iPod sebagai peranti paling dimahukan pernah dihasilkan oleh Cupertino. Telefon pintar ini memang terkenal dengan kemampuan audio yang baik terutamanya sekiranya ia dipadankan dengan fon kepala Beats.

iphone-6S-lightning

Sambungan audio dilakukan dengan menggunakan jack fon kepala 3.5mm. Saiz piawai ini sudah digunakan sejak 1970an. Jika iPhone membunuh iPod, kini wujud ura-ura iPhone 7 akan membunuh jack fon kepala 3.5mm. Ura-ura mengatakan iPhone 7 tidak akan dilengkapi jack fon kepala dan kesemua sambungan audio dilakukan menggunakan port Lightning.  Dengan penggunaan port Lightining, ketebalan iPhone 7 akan dapat dikurangkan berbanding iPhone 6S sekarang. Di pasaran sekarang sudahpun wujud beberapa fon kepala dan telinga yang menggunakan sambungan Lightning. Ini pastinya penyelesaian yang lebih mudah berbanding penggunaan jack fon kepala baru yang dipatenkan oleh mereka beberapa tahun yang lalu. Sekiranya ura-ura ini menjadi kenyataan adakah ianya mungkin akan menjadi ikutan sepertimana pengguna skrin sesentuh seakan 3D Touch mula wujud pada beberapa peranti Android sekarang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) iPhone 7 Akan Tidak Akan Mempunyai Jack Fon Kepala"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info