Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sultan Johor Mengharamkan Penggunaan Vape Di Negeri Tersebut

Budaya menggunakan rokok elektronik atau dengan nama popularnya ‘Vape’ semakin hari semakin popular di seluruh negara. Meskipun terdapat mufti yang mengharamkan penggunaannya dan juga kegiatan rampasan oleh Kementerian Kesihatan terhadap pengusahanya, ia dilihat tidak memberikan sebarang impak terhadap industri tersebut. Terbaru, Sultan Johor telah mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape dan memberi masa sehingga 1 Januari 2016 kepada pengusaha perniagaan tersebut untuk menghentikan operasi perniagaan mereka.

Dua hari yang lalu mufti negeri Kedah berkongsi pendapat pengharaman penggunaan rokok elektronik atau vape wajib disusuli dengan pengharaman sebarang aktiviti berkaitannya. Ini termasuklah penjualan dan pengedarannya sekaligus membolehkan pengurangan kegunaan rokok elektronik atau vape. Negeri Johor dilihat menjadi negeri terawal dalam mengambil tindakan tersebut dan tidak akan berkompromi dalam isu ini, mengambil langkah bukan sahaja mengharamkan penggunaannya, malah mengharamkan sebarang premis beroperasi untuk penjualan produk ini.

Sultan Johor turut bertitah pengharaman ini dilakukan atas dasar faktor kesihatan dan kesannya keatas golongan muda. Melalui akta kerajaan negeri, tindakan akan diambil serta arahan kerajaan negeri akan dikeluarkan bagi pengusaha kedai rokok elektronik atau vape. Pengharaman ini juga dikenakan keatas kesemua jenis rokok elektronik atau vape. Mana-mana rakyat yang masih melanggar undang-undang selepas 1 Januari 2016 akan dikenakan tindakan. Baginda juga tidak mahu isu rokok elektronik atau vape ini diperpanjangkan apatah lagi dipolitikkan oleh pihak tertentu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sultan Johor Mengharamkan Penggunaan Vape Di Negeri Tersebut"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info